Kanser serviks adalah kanser wanita yang kedua paling kerap menyerang wanita selepas kanser payudara. Walaupun kanser serviks menduduki tangga ke-2 , beban yang dihadapi oleh penghidap kanser serviks adalah lebih serius dari kanser payudara. Kanser serviks atau kanser pangkal rahim melibatkan organ yang sangat penting untuk fungsi reproduksi manusia, ramai di kalangan penghidap kanser serviks terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan organ rahim dan ini menyebabkan fungsi reproduksi mereka terhenti buat selama2nya. Serviks atau pangkal rahim juga terletak pada kedudukan yang berdekatan dengan faraj ( fungsi seksual), pundi kencing ( menyimpan air kencing sebelum dikeluarkan) dan saluran najis yang dikenali sebagai rectum ( buang air besar). Pendek kata dengan kedudukan serviks sedemikian rupa, penghidap kanser serviks boleh mengalami masalah seksual, masalah membuang air besar, masalah membuang air kecil dan juga risiko kegagalan buah pinggang/ginjal. Kanser serviks disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai virus humanpapiloma (HPV). Virus ini diperolehi melalui hubungan seks. Terdapat lebih 200 jenis virus HPV dan 71% dari kanser serviks disebabkan oleh virus HPV jenis HPV 16 dan HPV 18. Prof Ian Frazer dari University of Queensland, Australia telah menemui vaksin terhadap kedua2 virus ini dan kini Vaksin HPV telah berada di pasaran. Vaksin adalah kaedah yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan. Apabila wanita yang belum terdedah dengan jangkitan virus HPV menerima vaksin ini, wanita itu akan terhindar dari mendapat jangkitan virus yang terkandung di dalam vaksin tersebut dan seterusnya terhindar dari mendapat pra-kanser dan kanser serviks. Anda boleh mengemukakan sebarang pertanyaan dan komen mengenai vaksin HPV dan sama2 kita pelajari apakah sebenarnya vaksin HPV dan berapa jenis Vaksin HPV yang terdapat di pasaran kini.


This entry was posted on 3:43 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 comments:

    armouris said...
    This comment has been removed by a blog administrator.
  1. ... on August 31, 2009 at 10:57 AM  
  2. Anonymous said...

    Berapa jenis vaksin HPV dan siapakah patut menerimanya?

  3. ... on September 3, 2009 at 8:49 PM  
  4. Dr.Rushdan Noor said...

    Terdapat 2 jenis vaksin HPV, iaitu Gardasil dan Cervarix. Kedua2 jenis vaksin ini dihasilkan oleh 2 syarikat yang berbeza tetapi kedua2nya mempunyai vaksin ke atas virus HPV jenis 16 dan 18 yang menjadi penyebab kanser serviks ke atas 71% penghidap kanser serviks. Vaksin Gardasil mempunyai tambahan perlindungan ke atas virus HPV jenis 6 dan 11 yang menjadi penyebab penyakit kutil atau ketuat pada kemaluan. Kedua2 vaksin ini mempunyai keberkesanan yang sama di dalam mencegah kanser serviks. Golongan yang perlu mendapat vaksin ini adalah perempuan yang berusia dari 9 tahun hingga 45 tahun.

  5. ... on September 3, 2009 at 8:59 PM