Kanser ovari adalah kanser organ reproduktif yang sangat menakutkan. Saya banyak berhadapan dengan pesakit2 kanser ovari yang datangnya dari berbagai2 lapisan usia. Saya pernah merawat pesakit yang berusia 9 tahun mengalami kanser jenis "germ cell tumour".Orang selalu mengaitkan kanser ovari dengan usia yang lanjut tetapi sebenarnya sesiapa sahaja boleh menghidap kanser ovari. Kanak2 yang tidak tahu apa2 ini tidak akan mengambil berat tentang perubahan diri mereka, mungkin selepas mereka mengadu sakit perut ataupun perut mereka kelihatan membesar barulah ibu bapa dapat mengesan. Ditambah pula dengan kesukaran untuk mengesan kanser ovari pada peringkat awal, seringkali kanak2 ini datang dengan keadaan ketumbuhan yang sudah besar. Walau bagaimana pun, kanser jenis germ cell tumour yang sering dialami oleh kanak2 ini adalah kanser ovari yang sensitif kepada rawatan kemoterapi. Kebanyakan dari kanak2 ini akan sembuh tetapi memerlukan pemantauan sekurang2nya 10 tahun. Rawatan yang dijalankan adalah sama seperti orang dewasa , walau bagaimanapun kita akan cuba untuk tidak mengeluarkan rahim dan kelenjar ovari yang tidak terlibat. Jika kedua2 kelenjar ovari terlibat dan kanser tersebut pula dari jenis yang agak ganas seperti endodermal sinus tumour, yolk sac tumour ataupun polyembryoma, maka tidak ada pilihan melainkan kita terpaksa mengeluarkan semua organ peranakan mereka supaya kita dapat memanjangkan hayat mereka. Jika kanser mereka berada pada peringkat 1C dan ke atas, mereka perlu menjalani rawatan kemoterapi. Bayangkan bagaimana beban yang dihadapi oleh kanak2 ini yang terpaksa melalui rawatan pembedahan dan kemudian kemoterapi. Beban yang besar juga ditanggung oleh ibu bapa yang menjaga. Saya menasihati anda supaya sentiasa memantau kesihatan anak2 dan jangan mengambil ringan jika mereka di dapati (1)mengadu perut kembung (2) perut membuncit  (3) kurang selera makan  (4) Kelihatan letih dan lesu serta pucat   (5) sukar membuang air besar   (6) gangguan kitaran haid samada menjadi tidak tetap ataupun tidak datang hair.